Thursday, November 21, 2013

Psikologi & Teknologi Internet (Plagiat dalam Internet)

I. Pendahuluan
Plagiat atau Plagiarisme internet adalah penciplakan atau penggunaansemula karyayangdidapati melaluilaman internet, menjadikan idea orang lain sebagai hak sendiri tanpa sebarang kredit diberikan kepada penulis asal dan karya asal. Kata ‘Plagiat’ itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris ‘Plagiarism’ yang terhasil daripada perkataan Latin, ‘Plagiarius’, dan perkataan Greek ‘Plagion’. Kata ‘Plagion’ ini membawa maksud menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang. Kamus Dewan pula mendefinasikan plagiat sebagai perbuatan meniru, mencontoh karangan (tulisan, hasil kerja orang lain) atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin penulis asal). Plagiat juga dianggap sebagai mencedok, iaitu mencedok ciptaan orang lain dan menyiarkannya sebagai ciptaan sendiri. Dengan kecanggihan dunia Internet, segala informasi kini berada pada hujung jari anda sahaja! Internet menjadi sebuah perpustakaan yang lengkap, terdapat banyak bahan ilmiah yang boleh digunakan sebagai sumber rujukan oleh segenap lapisan masyarakat. Atas ciri-ciri ini, tanpa disedari telah wujud satu budaya baru dalam masyarakat kita. Kecenderungan untuk melakukan plagiat melalui dunia internet kini telah berleluasa dan menular! Plagiat di Internet. Terlalu banyak aktiviti plagiat yang boleh dilakukan menerusi Internet. Antara aktiviti plagiat ini kebiasaanya melibatkan teks, perisian komputer, animasi – tidak kira dalam bentuk video, audio, grafik dan sebagainya. Terdapat juga aktiviti plagiat di mana teks daripada artikel, buku, blog, wikipedia dan jurnal ditiru. Beribu-ribu hasil carian seperti artikel, data dan gambar boleh didapati dengan hanya menaip kata kunci dan melakukan satu carian yang mudah. Hasil carian diperoleh dalam masa beberapa saat sahaja. Hasil carian kemudiannya boleh di salin tampal (copy-paste), di muat turun ke dalam komputer sendiri malahan ada yang sanggup bertindak lebih jauh lagi – dengan membayar bagi mendapatkan salinan karya tersebut. Bagi anda yang mahu melakukan plagiat, tiada sebarang kemahiran yang diperlukan. Apa yang anda perlu ada hanyalah kemudahan talian internet, kebolehan mengendalikan enjin carian di internet dan juga anda perlu mempunyai kemahiran asas dalam mengendalikan perisian komputer. Wallah! Senang bukan? Menurut wikipedia, terdapat 7 aktiviti yang boleh digolongkan sebagai tindakan plagiat:
  1. Mengakui tulisan orang lain sebagai tulisan anda sendiri
  2. Mengakui idea orang lain sebagai idea anda sendiri
  3. Mengakui penyelidikan, data dan uji kaji orang lain sebagai kepunyaan anda sendiri
  4. Mengakui karya kelompok orang lain sebagai hasil anda sendiri
  5. Menyajikan tulisan yang sama pada masa yang lain tanpa menyebut asal-usulnya (karya asal)
  6. Menyalin, meringkas dan menulis semula perkataan, ayat atau idea yang diperoleh daripada sumber lain dan menulis semula mengikut kefahaman anda sendiri. (sama ada menyebut atau tidak menyebut sumber asalnya)
  7. Melakukan terjemahan bahasa tanpa menyatakan sumber asal terjemahan tersebut.
II. Analisa dan Pembahasan
Plagiat Internet -- Budaya baru ancam kecemerlangan pelajar

BUDAYA plagiat daripada Internet dibimbangi akan menjejaskan kecemerlangan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT). Fellow Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Shaikh Mohd. Saifudden Shaikh Mohd. Salleh berkata, walaupun perkembangan teknologi adalah petanda baik untuk menjana kecemerlangan tetapi ia turut membawa keburukan.
Oleh SALINA IBRAHIM
``Kerana itu pelajar perlu sedar, budaya cut and paste mesti dielakkan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Teknologi Sebagai Pemangkin Kecemerlangan Di IPT pada Seminar Prestasi Pelajar dan Belia Islam, di Kuantan, baru-baru ini.
Ujarnya, teknologi boleh mempercepatkan pembelajaran seperti memudahkan penuntut berkomunikasi dengan pensyarah tanpa perlu bersemuka.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan teknologi bersifat dinamik adalah `pedang bermata dua' yang `membunuh' jika disalahgunakan.
Dekan, Fakulti Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, ketika memperkatakan kertas kerja Ke Arah Memupuk Budaya Pembelajaran Cemerlang: Memperluaskan Disiplin Bahan Bacaan Pelajar, menegur sikap pelajar Melayu IPT yang malas membaca.
``Di kedai buku, nampak lebih ramai pelajar bukan Melayu daripada Melayu,'' katanya.
Tambahnya, dalam struktur ekonomi dan masyarakat, pelajar bukan Melayu memilih IPT swasta kerana mereka tidak berharap untuk bekerja dengan kerajaan.
``Pelajar Melayu harus sedar hal ini,'' tegasnya.
Disebabkan peluang kerjaya sektor kerajaan kurang 10 peratus sahaja, katanya, pelajar harus mengambil inisiatif untuk melipatgandakan usaha bagi bersaing dalam pasaran swasta.
Pensyarah Pusat Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khamsiah Hamidah Mobel, berkata, kelemahan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu di IPT berkait rapat dengan keyakinan mereka dalam akademik.
Ini kerana katanya, lemah bahasa berkenaan akan menjejaskan penguasaan mata pelajaran lain yang diajar dalam bahasa tersebut.
``Ini hakikat yang mesti diterima pelajar kita,'' katanya dalam kertas kerja Hubung Kait Penguasaan Bahasa Inggeris Dengan Keyakinan Diri: Faktor Penyumbang Kepada Prestasi Pelajar IPT.

Apa sih plagiasi itu?
Menurut Kamus Merriam-Webster Online, plagiarisme berarti :
  1. Mencuri dan meneruskan (ide, kata-kata dan bentuk lainnya) sebagai milik sendiri
  2. Menggunakan (hasil kerja orang lain) tanpa memberi kredit kepada si pemilik atau sumbernya.
  3. Pelaku pencurian
  4. Mengajukan sebuah ide sebagai ide baru dan orisinil dari sumber yang sudah ada.
Sederhananya, plagiat adalah tindakan kecurangan / penipuan, yang melibatkan pencurian pekerjaan orang lain dan kemudian melakukan penipuan tentang hal tersebut.
Masih membingungkan? Lebih sederhana lagi berdasarkan pencarian kamus di web bahtera.org, plagiat adalah : pengambilan karangan (pendapat dsb) orang lain dan menjadikannya seolah-olah karangan (pendapat dsb) sendiri, misal menerbitkan karya tulis orang lain atas nama dirinya sendiri; jiplakan.
Masih belum paham? Plagiat = Mencontek = Mencuri.
sitasi dalam dunia penulisan itu perlu. kredit : blaugh.com
Plagiat juga tidak hanya berarti mengkopi seluruh artikel dan digunakan serta diakui sebagai miliknya, namun juga berlaku pada penggunaan sebagian artikel, kalimat atau kata-kata tanpa memberikan kredit pada si penulis.
Pencantuman berbagai sumber pun bukan berarti sebuah tulisan diambil dan dikopi dari berbagai sumber melainkan mengacu pada sumber referensi yang dibaca penulis untuk kemudian disarikan dalam sebuah ide atau tulisan.
Apa artinya dan hubungannya dengan langitselatan? Seluruh artikel yang ada di langitselatan bebas untuk dibagikan dan digunakan oleh pembacanya tapi dengan mencantumkan kredit dan copyright kepada penulisnya atau memberikan taut balik ke langitselatan.
Kami sepenuhnya menyadari, kebebasan berbagi informasi tidak bisa dikekang namun bukan berarti kemudian dilakukan tanpa mematuhi etika penulisan dll. Dan aturan itu pun sederhana, cantumkan kredit pada si penulis.  Cantumkan sitasi anda pada pemilik tulisan dan dimana tulisan itu sesungguhnya dipublikasikan!
III. Kesimpulan
Plagiatisme sudah melanglang buana di dunia ini khususnya di dunia maya. Musik, karya tulis, dan sebagainya. Orang menganggap ini adalah suatu karya yang tidak seharusnya kita lakukan karena hasil karya tersebut adalah hasil karya orang lain dan dengan seenaknya kita menjiplaknya tanpa pemberitahuan. Maka dari itu kita seharusnya lebih kreatif dan berinovasi dalam menghasilkan suatu karya sebab dengan kita membuat hasil karya sendiri orang lain akan bangga kepada kita dan memberi apresiasi yang sangat luar biasa.
IV. Referensi

No comments:

Post a Comment